
Sumber : http://akhisalman.blogspot.com
Berita kematian
Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:
Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.
Berita penafian :
Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya. Beritanya adalah seperti berikut:
Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.
Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.
Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.
Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.
Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.
Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)
Akbar Jazeera menyatakan:
Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.
Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.
Sumber AFP pula menyatakan:
Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.
Islamtoday telah menyatakan:
Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.
Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.
Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.
sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):
بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.
Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.
Ikan Buntal: Kesimpulannya, Dr. Syeikh meninggal pada 13 Jun 2009. Dikebumikan selepas Asar 14 Jun 2009. Al-Fatihah.
Monday, June 15, 2009
Al-Fatihah atas Pemergian Dr. Syeikh Fathi Yakan
Posted by Saya at 9:39 AM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
Wednesday, October 8, 2008
Jemputan Walimah


Saya dengan berbesar hati menjemput semua yang mengenali diri ini ke walimah saya, Rozita Abdul Razak bersama pasangan Mohd Zaki Rozali pada 25 Oktober 2008 di Kampung Jerai, Kupang 09200 Baling Kedah.
Kehadiran Tuan/Puan/Cik amat dinantikan dan akan menambahkan keberkatan majlis nanti.
Posted by Saya at 1:33 PM 3 comments
Tuesday, July 29, 2008
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Bila kamu memandang segalanya daripada Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menampakkan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya bukan untuk yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu dan retaknya hatimu, tetapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.
Posted by Saya at 6:20 PM 0 comments
Pilihan
Kita selalu memilih yang terbaik selepas membuat pertimbangan dan keputusan. Jadi mengapa tidak berpegang dan percaya bahawa setiap pilihan ada kebaikan jika yang terserlah hanya kelemahan sekalipun?
Posted by Saya at 6:19 PM 0 comments
Thursday, July 17, 2008
Tidak Perlu
Tidak perlu bersentuhan tangan kerana cinta sudah bersentuh hati. Tiddak perlu berbalas kerlingan mata kerana cinta sudah berbalas doa. Todak perlu bermimpi si dia kerana Allah akan jadikan si dia suatu realiti. Tidak perlu mati kerana cinta, kerana cinta Allah pada hambaNya tidak pernah mati."
Posted by Saya at 6:21 PM 2 comments
Tuesday, June 24, 2008
Tetamu Senja Kembali
Harga Kertas Naik 50 Peratus
Sekadar berkongsi informasi bersama sahabat yang turut terlibat dalam industri penerbitan.
Belum pun reda keperitan dengan kenaikan harga beras dan petrol, hari ini saya sekali lagi dikejutkan dengan berita yang ada kaitan dengan naik. Oleh kerana saya bekerja dengan industri yang berkait rapat dengan kertas, saya turut merasa terkejut dan hampir-hampir lemah jantung.
Saya baru sahaja mendapat maklum balas daripada pencetak BS Print (M) Sdn Bhd melalui Cik Kavitha mengatakan harga baru kos percetakan buku akan berkuat kuasa minggu hadapan selepas mereka membuat penyelarasan kenaikan harga kertas yang baru. Berkemungkinan perbezaan harga dahulu dengan harga baru adalah sebanyak RM0.50 ke atas.
Sebenarnya kenaikan ini sudah bermula Ahad lepas apabila berlaku kenaikan harga kertas di kedai alat tulis, meningkat daripada RM10.50 kepada 12.55 satu rim.
Ingin penjelasan lanjut dalam berita NTV7 klik link ini : http://www.youtube.com/watch?v
ARKIB Utusan Malaysia: 22/06/2008
Harga kertas naik 50 peratus
PETALING JAYA 21 Jun - Harga kertas, alat tulis, percetakan dan pembungkusan dijangka terus naik sehingga mencecah 50 peratus tahun ini.
Presiden Persatuan Pedagang Kertas Malaysia (MaPMA), Alvin Goh Kheng Jiu berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan lain ketika ini.
''Kenaikan harga kertas cetak kini mencecah AS$1,050 (RM3,412) bagi setiap tan metrik bakal menjejaskan kos operasi syarikat penerbitan dan percetakan.
''Dua tahun lepas, satu tan metrik kertas putih saiz A4 boleh dibeli dengan harga AS$800 (RM2,600) sahaja,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MaPMA yang dihadiri oleh para pengedar dan pembekal kertas, alat tulis dan mesin cetak di sini hari ini.
Beliau membuat kenyataan mewakili tiga lagi persatuan iaitu Persatuan Percetakan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor (SFTCPPA), Persatuan Mesin-mesin Cetak Malaysia (MPA) dan Persatuan Penerbit Buku dan Alat Tulis Kuala Lumpur dan Selangor (SKLSBA).
Sementara itu, Pengarah Urusan Ajensi Riaz Sdn. Bhd. Ramjan Din berkata, kenaikan harga kertas juga berpunca daripada dominasi harga pasaran oleh syarikat pengeluar kertas terbesar di dunia, Kumpulan Sinar Mas dari Indonesia.
''Syarikat tersebut menghadapi masalah kekurangan bahan mentah iaitu pulpa, ekoran sekatan penguat kuasa terhadap pemotongan pokok di hutan.
''Memandangkan seluruh negara Asia bergantung kepada pengeluaran kertas dari negara itu, maka berlakulah monopoli harga yang mengakibatkan kenaikan harga kertas di pasaran tempatan sekarang,'' katanya.
Dalam pada itu Alvin berkata, persatuan-persatuan di dalam industri berkenaan menyarankan kerajaan memansuhkan duti import dari negara Asia sebanyak lima peratus dan dari negara bukan Asia sebanyak tujuh peratus terhadap kertas untuk percetakan dan kertas putih saiz A4.
Saranan tersebut, katanya, dibuat supaya pengimportan kertas tidak dimonopoli oleh satu pihak sahaja dan terbuka kepada syarikat pengeluar kertas dari Eropah dan dengan itu, harga kertas akan menurun.
Sebagai editor, saya turut berasa gusar dengan kenaikan harga yang mendadak ini. Akal terus berputar mencari jalan supaya diri dapat mengadaptasi keadaan ini menjadi positif. tetapi bagaimana ya? Berfikir dan terus berfikir.
Entri seterusnya saya akan kemukakan komen dan kesan kenaikan harga kertas kepada orang awam yang mereka rasa mereka tidak terlibat dengan kenaikan harga kertas antarabangsa.
Posted by Saya at 5:48 PM 1 comments
