Friday, May 25, 2007

Jawatan Kosong

(Kini hanya tinggal kami bertiga sebagai staf PTS Professional)

Dimaklumkan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd (tempat saya kerja sekarang) ada kekosongan jawatan editor.

Kriteria asas calon yang dicari:

1.Lelaki (kalau ada perempuan nak cuba boleh jer test market)

2.Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang bisnes/pengurusan/ pendidikan/ ataupun bidang-bidang lain daripada mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang diiktiraf kerajaan.(siswazah baru digalakkan memohon)

3.Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia.

4.Mempunyai minat dalam bidang penerbitan dan penulisan buku.

5.Berpengetahuan dalam bidang penerbitan.

6.Mahir menggunakan komputer dan internet serta perisian asas seperti Windows dan MSOffice.

7.Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum.

8.Keutamaan kepada calon yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus.

Bagi calon-calon yang memiliki kriteria di atas, silalah emelkan resume saudara kepada:

En. Nazrul Samsudin,
Pengurus, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Emel: nazruls@pts.com.my

Tarikh tutup permohonan adalah 1 JUN 2007.

CALON-CALON YANG TERPILIH AKAN DIHUBUNGI BAGI SESI TEMUDUGA. BAGI CALON YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUM BALAS DALAM TEMPOH 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA)

Tetamu senja: Hantar resume kepada En Nazrul, bukan kepada saya. Saya hanya menerima resume untuk calon lelaki yang mencari kekosongan jawatan sebagai suami...hehehe (lawak jer!)

Balik Kampung

Malam ini saya balik kampung di Copenhagen bas pukul 11.30malam dari Puduraya. Selama saya di kampung tidak dapatlah saya mengemas kini blog. Tapi saya akan buat juga entri untuk setiap hari saya tak online. Saya akan post semua sekali apabila sudah masuk bertugas semula. Bercuti dari 26/05-28/5/07. Bermakna hari isnin juga saya bercuti.

Tetamu senja: Sudah 2 bulan kunantikan saat untuk melihat kembali senyuman yang terukir dibibir ayahanda dan bonda serta gurauan adik-beradikku. Sekali berkumpul riuh rendah satu rumah. Al-maklumlah sebuah keluarga yang besar dengan pelbagai kerenah. Terima kasih semua kerana aku didewasakan dengan kerenah dan gelagat kalian terutama mak dan abah...Sayang semua dan rindu semua.

Tumpang Sekaki

Semalam dalam pukul 9.00 malam, tengah seronok-seronok landing depan TV...

Kring...kring....

Saya: Hello, Assalamualaikum...
Pemanggil: Aya, kelik kapong esok terus ke Baling, kak ambik di stesen bas.
(Rupa-rupanya kakakku yang sulong)
Saya: wokpa dei?
Kakak: Saja la, pagi-pagi sabtu tu kelik umah mak ngan kak la, kak nak buat majlis sambut birthday Widad. Leh la mu tambah-tambah apa yang perlu.
Saya: oh...itu sebenarnya tujuan buat baik ni...ada udang di sebalik mee rupanya.
Kakak: Kot la mu nak tupang sekaki sambut besday sendiri. Paling tak pun beli la hadiah besday untuk kak sekali.hehehe...
Saya: Eh, Aya sambut besday dulu dari kak, kak la kena beri hadiah kot aya dulu...
Kakak: Tak pa lah kalau gitu, kita pakat2 sambut besday sekali dan bagi hadiah untuk diri sendiri la kalau camtu....
Saya: Okla, Aya turun kat umah kak la. Sian gak kot abah nak ambik Aya pagi-pagi naik motor.
Kakak: Okla, mu sape di Baling calling2lah, pastu sabtu pagi tu kita gi Baling beli kek, kita sambut kat kapung.
Saya: Ok, set.
Kakak: Oklah, kredit kak pun nak habih dah nih. Assalamualaikum.

Moral of the story: Inilah susahnya kalau bulan 5 ramai ahli keluarga sambut birthday. Semuanya nak hadiah. Tapi ada untungnya, buat majlis sekali sahaja.

Maklumat: Widad adalah anak saudaraku daripada kakak yang sulong
Aya adalah panggilan manjaku dalam keluarga
Widad sambut birthday hari ini -25/5, Aku = 6/5, kakak = 8/5

Nota: Perkataan dalam dialog memang dieja begitu kerana mengikut dialek Baling hulu. Bahasa pertuturanku di rumah. Ayat terakhir kakakku memang itulah selalunya kerana dia memang selalu berkira kalau dia kena call aku. Jimat duit katanya.

Kamus Baling
Kelik = balik
Kapong = Kampung
Wokpa dei = Kenapa ya?
mu = Kamu
tupang = tumpang
Sape (e dibaca seperti bunyi e pada perkataan ekor) = sampai
habih = habis

Benih yang tabah

Saya begitu tertarik dengan gambar ini. Benih ini berjaya membuatkan saya berfikir maksud yang tersirat di sebalik kejadiannya. Menurut jurugambar yang merakamkannya (Credit to Suhairi @ aieshorinji), benih itu juga berjaya menarik fokus lensa kameranya supaya merakam keajaiban dan seribu satu rahsia yang terkandung di sebalik kewujudannya di situ. Bagi gambaran yang menyeluruh, kawasan di sekitar benih ini kering kontang, lapang dan bertanah merah. Tiada tumbuhan hijau lain di sekitarnya. Sesiapa yang melihat benih ini pasti akan tersenyum melihat kesegarannya di tengah-tengah kekontangan tanah di sekitarnya.

Salah satu maksud tersirat adalah kegigihan benih ini bagi meneruskan hidup begitu terkesan. Terlalu banyak maksud yang tersirat. cuba kaitkan ia dengan kehidupan kita di tengah-tengah arus yang semakin mencabar. Kehidupan tidak terjejas sekiranya asas ataupun benihnya baik dan kukuh. Bak kata pepatah, benih yang baik walaupun jatuh ke mana sekalipun akan memberi manfaat. Terlontar ke langit menjadi bintang dan tenggelam di lautan menjadi mutiara.

ia juga lambang permulaan sebuah kehidupan setelah kisah silam menodai kesucian. Setelah kita banyak melakukan kesilapan yang memusnahkan diri, kita perlu memulakan kehidupan yang baru.
Kenapa begitu? Tanah asal benih ini tumbuh adalah kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan tetapi terbengkalai. Selepas semua kebahagian diragut, kita perlu memulakan hidup baru seperti benih ini yang cuba membuat anjakan paradigma kepada kawasan sekelilingnya supaya tidak terus mundur dan tandus.

Banyak lagi pengajaran yang dapat diambil daripada kisah sepohon benih ini sekiranya kita adalah orang yang mahu berfikir tentang kehebatan Allah di atas segala penciptaanNya.

Malulah pada benih ini sekiranya kita asyik mempersoalkan tentang hidup dan kesusahan lantas kecewa, kerana Allah memberikan kita kesusahan sesuai dengan kemampuan kita.

Tetamu Senja: Benih yang baik walau digetas-getus oleh binatang buas akan tetap menumbuhkan tunas.

Thursday, May 24, 2007

Otak beku

Salam semua, harap maaf, hari ini otak agak beku. Tidak tahu apa yang mahu dicoretkan. Kena tunggu petang-petang sedikit, mudah-mudahan otak ini kembali cair. Mungkin kita akan belajar bahasa Baling petang nanti. Doakan otak saya kembali CARGAS.

Wednesday, May 23, 2007

Epilog Silam


Dalam mengenang kisah hidup silam

Ku sedar dari kesilapan lalu

Tuhan... Beratnya dosa-dosaku

Masihkah ada ampunan buatku


Tuhan... Dalam menempuh hidup ini

Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan... Ada yang dapat ku gagahi

Dan ada yang gagal ku hindari


Tuhan... Dosaku menggunung tinggi

Tapi taubatku tak ku tepati

Tuhan... rahmatMu melangit luas

Terlalu sedikit ku bersyukur


Kini ku kembali padaMu

Mengharap maghfirah dariMu

moga kan terampunlah dosa-dosaku


Biarpun ujian melanda

Ku tetap berkasih padaMu

Kerna ku yakin kasihMu

kekal tiada sudahnya.


Tetamu senja: Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur di atas apa jua yang telah Engkau tetapkan untukku. Alhamdulillah 'ala kullihal.

Tuesday, May 22, 2007

Memberi sebanyak-banyaknya


Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Takkan berkurang rezeki yang disedekahkan kerana 1 harta yang dikeluarkan, Allah sudah menjanjikan 10 rezeki daripada sedekah itu.


Tetamu Senja: Jangan hidup untuk makan sebanyak-banyaknya. Nanti penyakit pun datang sebanyak-banyaknya juga.

Mahu memimpin ataupun dipimpin?


“Sesiapa yang kami tunjuk sebagai amir (ketua/pemimpin), dan kami tetapkan gajinya di atas tugas itu, maka apa yang diterima selain gaji itu adalah penipuan” -Umar bin Khatab


Si A: Kata-kata itu memberitahu kita kepentingan memegang amanah sebagai pemimpin dan Quran mengingatkan tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.


Si B: Memegang amanah sebagai pemimpin memang berat tetapi jangan risau kerana ramai orang akan mendoakan pemimpin. Bukankah kita sering mendengar dalam banyak majlis dan khutbah Jumaat, orang yang mengetuai doa akan mendoakan pemimpin? Jarang sekali kita mendengar doa: Ya Allah, lindungilah anak buah kami...


Tetamu Senja: Berusaha menjadi pemimpin diri sendiri.

Bercinta umpama menunggu bas

Ada orang kata cinta sebenarnya sama seperti kita menunggu bas. Apabila bas itu datang, kita tengok bas itu dan kita kata pada diri sendiri, "Penuhnya... tidak ada tempat duduk."

Jadi, kita katakan pada diri kita, "Saya akan tunggu bas yang lain." kita biarkan bas itu berlalu dan kita tunggu pula bas yang lain.

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kita tengok bas itu dan kita akan cakap, "Eee... bas ini buruk sangat, tentu tidak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan."

Jadi, kita pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kita bercadang hendak tunggu bas yang seterusnya. Selepas beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidak seburuk bas yang tadi tetapi kali ni kita kata, "Emmm.... Tidak ada air-cond... cuaca pula panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain."

Dan sekali lagi kita biarkan bas itu berlalu dan kita bercadang hendak menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yang kita sebenarnya sudah terlambat.

Kita mula panik dan terus naik bas yang datang pada masa itu walaupun bas itu tidak begitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar yang kita sudah naik bas yang salah.

Jadi, selama ini kita sudah membazir banyak masa dan wang bagi menunggu apa yang kita mahu. Walaupun yang datang itu adalah bas yang beraircond, adakah kita dapat pastikan yang bas itu tidak akan rosak di tengah jalan ataupun mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk kita?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang kita idamkan itu memang tidak salah. Tetapi, tidak salah juga jika kita sanggup memberi satu peluang kepada orang lain, bukan?

Sekiranya kita dapati 'bas' itu tidak sesuai dengan kita, apa yang perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tetapi... saya pasti kita semua tentu ada pengalaman begini. kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kita nanti-nantikan), kita tahan bas itu tetapi pemandu bas itu pula buat tidak faham dan pura-pura buat tidak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita!

Bagi saya, apabila ada bas seperti itu melintasi saya, apa yang saya lakukan adalah BERJALAN.

Bodoh sebenarnya hendak mengejar bas itu kerana setiap kali kita mengejarnya, kita akan terjatuh dan menyakiti diri sendiri.

Jadi, bercinta umpama menunggu bas, sama ada anda hendak naik dan beri peluang pada bas itu ataupun tidak... semuanya terpulang pada diri anda. Dan apabila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta.


p/s: Disalin daripada blog kawan.


Tetamu Senja: Apabila difikir-fikirkan ada juga logiknya tetapi apa-apa pun, Allah Knows The Best for Us.


Friday, May 11, 2007

Gadis Kecil dan Kotak Emas


Di sebuah keluarga miskin, seorang ayah tampak kesal pada anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Anak perempuannya baru saja menghabiskan uang untuk membeli kertas kado emas untuk membungkus sekotak kado.

Keesokan harinya, anak perempuan itu memberikan kado itu sebagai hadiah ulang tahun pada sang ayah.

“Ini untuk ayah,” kata anak gadis itu.

Sang ayah tak jadi marah. Namun ketika ia membuka kotak dan mendapatkan isinya kosong, meledaklah kemarahannya.

“Tak tahukah kau, kalau kau menghadiahi kado pada seseorang, kau harus memberi sebuah barang dalam kotak ini!”

Anak perempuan kecil itu menatap ayahnya dengan mata berkaca-kaca. Ia berkata terisak-isak, “Oh ayah, sesungguhnya aku telah meletakkan sesuatu ke dalam kotak itu.”

“Apa yang kau letakkan ke dalam kotak ini? Bukankah kau lihat kotak ini kosong?” bentak ayahnya.

“Oh ayah, sungguh aku telah meletakkan hampir ribuan ciuman untuk ayah ke dalam kotak itu,” bisik anak perempuan itu.

Sang ayah terperangah mendengar jawaban anak perempuan kecilnya. Ia lalu memeluk erat-erat anak perempuannya dan meminta maaf.

Konon, orang-orang menceritakan bahwa, pria itu selalu meletakkan kotak kado itu di pinggir tempat tidurnya sampai akhir hayat. Kapan pun ia mengalami kekecewaan, marah atau beban yang berat, ia membayangkan ada ribuan ciuman dalam kotak itu yang mengingatkan cinta anak perempuannya.

Dan sesungguhnya kita telah menerima sebuah kotak emas penuh berisi cinta tanpa pamrih dari orang tua, istri/suami, anak, pasangan, teman dan sahabat kita. Tak ada yang lebih indah dan berharga dalam hidup ini selain cinta.

Disadur dari: Ana Lucia, A Little Girl and The Golden Box. Diambil daripada blog kak sinnira.

Kamus:

Kado = Hadiah

Kertas kado = Kertas pembalut hadiah

Kapan = bila

Thursday, May 10, 2007

salam perkenalan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya belajar buka blog sendiri. Thanks for my frend that help and teach me how to do it.

Semoga ia menjadi wadah dakwah dan tempat saya meluah rasa melepaskan apa yang terkandung difikiran....

Alhamdulillah 'ala kullihal


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors