Thursday, November 29, 2007

Bicara Penulis Pesta Buku MPH Alpha Angel


Prof Muhd Kamil Ibrahim
25/11/07 (2.00-3.00)
Travelog Haji

Bicara Penulis Pesta Buku MPH Alpha Angel

Sunthara Segar
24/11/07 (2.00-3.00 petang)
Melabur dalam unit Amanah

Pelancaran Album dan Buku

Pelancaran buku 55 Silap Mata Mudah dan album Hikayat Cinta
Arif Muazzim Abd Rahman (AMAR)
22/11/07 (3.00-5.00 Petang)
MPH Alpha Angel

Bicara Penulis, Pesta Buku MPH Alpha Angel

Norlela Zubir
18/11/07 (2.00-3.00 Petang)
Usahawan Wanita Malaysia dan Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya

Amar Mahmood
18/11/07 (3.00-4.00 Petang)
Kuasa Minda Mempengaruhi Hidup

Tuesday, November 27, 2007

Bicara Penulis Pesta Buku MPH Alpha Angel


Shamsuddin Abdul Kadir
17/11/07 (2.00-3.00 petang)
Cara merancang kewangan peribadi

Bicara Penulis Pesta Buku MPH Alpha Angel



Zamri Mohamad
17/11/07 (3.00-4.00 petang)
Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas

Kemadulan Minda

Laporan Berita Terkini pukul 8.00 malam, 26/11/2007.

Ahli Parlimen Gerik memperkenalkan istilah ini dalam perbahasan Dewan Rakyat. Menurut beliau, ahli bahasa di DBP sudah mandul minda dalam menyusun istilah dan Kamus Dewan. Menurut beliau, mereka tidak membuat kajian dan tidak mencontohi para ahli bahasa sebelum ini yang sering membuat kajian dan menganalisis bahasa dan perkataan sebelum diterima masuk sebagai perkataan dalam bahasa Melayu. Pengkaji bahasa dahulu sanggup turun ke kawasan pedalaman sabah dan sarawak bagi mengkaji istilah dan bahasa pribumi bagi memperkayakan bahasa Melayu.


Beliau juga menggelarkan Kamus Dewan edisi keempat sebagai kamus bahasa rojak kerana banyak bahasa Inggeris diterima pakai sedangkan bahasa Melayu sendiri sudah ada perkataan yang sama makna dengannya. Beliau memetik satu daftar perkataan di dalam Kamus Dewan, 'kekompleksan' sebenarnya perkataan ini diambil daripada perkataan Inggeris 'complexity'. Sedangkan dalam Bahasa Melayu sudah ada perkataan seerti iaitu kerumitan. Kenapa perlu disusahkan bahasa Melayu? klik link.


Beliau menyelar ahli bahasa yang memelayukan bahasa Inggeris secara mudah dengan hanya menukar beberapa huruf. Inilah yang beliau maksudkan dengan mandul minda kerana tidak mahu berfikir dengan lebih bijak. Jika perkara ini dibiarkan, keaslian bahasa Melayu akan hilang. Jangan naik angin apabila remaja menggunakan bahasa rojak kerana dalam kamus itu sendiri sudah dirasakan penuh dengan bahasa rojak yang diterjemahkan dalam bentuk yang terhormat. Baca komen Puan Sifu


Tetamu senja: Apa DBP hari ini lakukan? Adakah hanya dengan bertelagah mana yang hendak diterima pakai, bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia sedangkan banyak lagi isu dan kajian boleh diberi tumpuan dalam 'mengangkasakan' bahasa Melayu.

Monday, November 26, 2007

Thursday, November 22, 2007

Cacing Kerawit

Cacing kerawit adalah parasit yang menghisap banyak darah daripada usus manusia. Kekurangan darah seterusnya akan menyebabkan penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin di dalam darah.

Patutlah mak ayah selalu melarang aku dan adik-adik bermain masak-masak menggunakan tanah dan berkaki ayam. Rupanya mereka khuatir cacing akan masuk melalui tapak kaki dan seterusnya menyebabkan sakit.

Mengikut kajian sains, cacing kerawit akan bertelur di dalam usus dan dikeluarkan melalui najis. Di tanah, larvanya memasuki kulit manusia. Apabila ia memasuki saluran darah, larva tadi akan di bawa ke paru-paru dan menaiki saluran nafas, kemudian ditelan semula. Akhirnya ia masuk semula ke usus.

Agak-agaknya ada ataupun tidak lagi cacing kerawit ini di dalam badan kita yang sudah dewasa ini?

Friday, November 16, 2007

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Tok Ayah di atas pemergiannya ke rahmatullah semalam 15/11/07.

Tok Ayah, walaupun dia hanya datuk tiri tetapi dialah satu-satunya datukku yang masih ada dan tempat kami menumpang kasih. Namun setiap yang hidup pasti dijemput pergi. Aku harus reda dengan setiap ketentuan Allah dan merelakan pemergiannya dengan hati yang terbuka dan rela.

Kali terkahir berjumpa Tok Ayah adalah Hari Raya ketiga. Kami sekeluarga membuat rombongan ke Hospital Sg Petani bagi melawat beliau yang dimasukkan ke hospital pada Hari Raya pertama kerana sakit kepala dan seluruh badan. Tetapi hari itu Tok Ayah sudah dibenarkan pulang. Tok Ayah sihat dan gembira melihat kami, cucu-cucnya datang memeriahkan hospital. Beliau sememangnya sudah terlalu uzur sakit tua. Aku bersyukur kerana dapat berjumpa dengannya semasa Hari Raya tempoh Hari setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya. Maklumlah beliau jauh di Pulau Pinang.

Tok Ayah,
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...
Amin...

Al-Fatihah untuk Tok Ayah tersayang.

Thursday, November 15, 2007

Dan nikahkanlah...

“Dan nikahkanlah mereka yang masih membujang di kalangan kamu, dan juga hamba-hamba sahaya lelaki dan perempuanmu yang layak menikah. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya. Dan Allah maha luas pemberiannya dan maha mengetahui.”

Surah an-Nur, ayat 32,

Aku Orang Kuat

Ada kekuatan dalam Cinta,
Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat
Kerana ia bisa mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri. Jadi aku kuat kerana aku mencintai,

Ada kekuatan dalam tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah terlarut dengan tentangan dan cubaan. Jadi aku juga kuat kerana aku juga gembira.

Ada kekuatan dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu dan ia tidak pernah merasa disakiti. Aku rasa aku juga kuat kerana aku boleh bersabar hingga sampai ke tahap sekarang ini.

Ada kekuatan dalam Kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat kerana dia boleh mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama manusia. Aku kuat kerana masih setia dengan apa yang aku ada sekarang.

Teman, kalian juga memiliki cukup kekuatan bagi mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Walau di mana pun, seberat dan serumit apa pun juga. Kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita dan Allah tidak menguji apa yang kita tidak mampu. Apabila kita diuji, barulah kita dapat ukur, sebenarnya kita mampu menjadi lebih baik dan kita sebenarnya kuat. Aku, dia, kamu,
mereka dan kalian adalah orang kuat.

"Jalan Buntu Di Hadapan, Ada Harapan Di Selekoh"

Wednesday, November 14, 2007

Wednesday, November 7, 2007

Hakikat seorang aku.


"Biar hidup ini tidak indah di hati kamu, tetapi kehadiran kamu itu tetap indah di hati para keluarga dan teman-teman kamu termasuk aku. Jika pun mimpi kamu itu tidak menjadi nyata, percayalah Tuhan itu maha adil."

Tersentuh hati membaca entry sahabat ini. Terasa diri kurang bersyukur. Kita sentiasa mengidamkan yang lebih baik sedang apa yang ada pada kita hari ini sudah cukup baik. Itulah hakikat seorang aku.

Terima kasih sahabat. kini aku lebih bersyukur dengan kekurangan yang ku miliki.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors