Adakalanya kita tidak perlu mencari cinta tetapi memberi peluang kepada cinta untuk hadir dalam jiwa. Cinta yang datang tanpa dicari itu indah. Bertambah indah jika ia didasarkan pada cinta lillahitaala. Yakin dengan ketetapan Allah walaupun tidak pernah mengenali.
Jika cinta kerana Allah, bertemu tidak selalu, berpisah tidak gelisah.
Tuesday, February 19, 2008
Mencari Cinta
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 6:00 AM 2 comments
Thursday, February 7, 2008
Install Software Kasih
Pelanggan (P): Assalamualaikum.
Juruteknik (J): Waalaikumussalam. Ya, boleh saya bantu anda?
P: Begini, selepas saya pertimbangkan, saya ingin menginstall kasih. Bolehkah anda tunjukkan saya cara melakukannya?
J: Boleh, insyaAllah. Sudahkan anda bersedia?
P: Ya. Sebenarnya saya tidak tahu cara teknikal tetapi saya bersedia bagi menginstallnya sekarang. Apa yang perlu saya lakukan terlebih dahulu?
J: Langkah pertama adalah open program HATI. Tahukah anda di mana HATI anda?
P: Ya, tetapi ada banyak program yang sedang aktif. Adakah saya tetap dapat menginstallnya jika program-program itu masih aktif?
J: Program apa yang sedang aktif?
P: Sebentar, saya lihat dahulu. Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
J: Tidak mengapa. KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE daripada sistem operasi anda. Program itu akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana ia secara automatik diganti dengan program lain. KASIH akan replace MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda perlu mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program itu akan menyebabkan KASIH tidak diinstall dengan sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda tunjukkan caranya?
J: Saya sedia membantu. Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE dihapuskan.
P: OK, sudah. KASIH mulai terinstall secara automatik. Betulkah cara itu?
J: Ya, dialog box yang mengatakan bahwa KASIH akan terus diinstall kembali dalam HATI anda akan terpapar. Adakah anda dapat pesan itu?
P: Ya. Adakah ia bermakna KASIH sudah selesai diinstall?
J: Ya, tetapi ingat, anda hanya ada main programnya sahaja. Anda perlu connect HATI dengan fail yang lain supaya ia dapat mengupgrade KASIH.
P: Oops. Saya mendapat pesanan error. Apa yang perlu saya lakukan?
J: Apa pesannya?
P: ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT. Apa maksudnya?
J: Jangan bimbang, itu masalah biasa. Ertinya, program KASIH diset supaya aktif di HATI eksternal tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknikal ini bererti anda perlu menKASIHi mesin anda sendiri sebelum menKASIHi mesin orang lain.
P: Jadi apa yang perlu saya lakukan?
J: Dapatkah anda klik pulldown direktori yang disebut PASRAH?
P: Ya, sudah.
J: Bagus. Copy MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT dan paste ke direktori MYHEART. Sistem akan replace fail-fail konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin bagi memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sudah. Hei! HATI saya terisi dengan fail-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopy ke HATI. Betulkah begitu?
J: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa bagi mendownloadnya. Alhamdulillah anda berjaya menginstallnya dengan mudah. Jadi KASIH sudah terinstal dan aktif. Anda sudah berjaya menanganinya sekarang. Ada satu lagi hal yang penting.
P: Apa?
J: KASIH adalah freeware. Pastikan anda memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share dengan orang lain dan seterusnya, sehingga anda menerimanya kembali.
Diadaptasi darpada: http://indonesia.heartnsouls.com/cerita/a/c40.shtml
Diedit oleh: Tetamusenja
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 6:20 AM 4 comments
Thursday, November 15, 2007
Dan nikahkanlah...
“Dan nikahkanlah mereka yang masih membujang di kalangan kamu, dan juga hamba-hamba sahaya lelaki dan perempuanmu yang layak menikah. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya. Dan Allah maha luas pemberiannya dan maha mengetahui.”
Surah an-Nur, ayat 32,
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 10:42 AM 3 comments
Wednesday, November 14, 2007
Thursday, June 28, 2007
Bicara Diri pada Diri
Sayang, cinta yang sejati itu menyembuhkan, tidak menyakitkan. Jika kamu rasa cinta yang kamu alami sekarang menyakitkan dan kamu merana kerananya, itu adalah tanda cinta bukan cinta yang sebenar.
Cinta amat menyakitkan apabila diduga dengan perpisahan. Hampir semua orang rasa sakit dan berputus asa apabila berpisah. Betul katamu cinta itu memang bukan segala-galanya tetapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya.
Benar, mencintai makhluk memang berpotensi besar mengalami kehilangan kerana setiap makhluk sudah dijanjikan dengan kematian yang pasti. Dan mungkin juga berpisah disebabkan cinta ditolak kerana hati manusia mudah berbolak-balik. Bukankah itu semua sudah dijelaskan dalam Quran dan kamu sendiri sudah diberitahu oleh guru dan sahabatmu di sekolah?
Sebaik-baiknya apabila kamu bercinta, harus sematkan dalam hatimu bahawa setiap yang dicintai tidak akan kekal lama. Namun terkadang cinta itu membutakan kenyataan dan melekakan sehingga kenyataan itu tidak kelihatan walaupun jelas di hadapan matamu. Kamu hanya tersedar sesudah perpisahan itu terjadi. Dan lantas kecewa sehingga kamu sanggup menyalahkan takdir.
Puncanya, kamu sendiri sudah tahu. Kamu mendahulukan cinta makhluk daripada cinta Allah. Kerana itulah apabila kamu kehilangan cinta makhluk, kamu rasakan hilang segala-galanya. Sedangkan Allah tidak pernah berpisah denganmu.
Sebelum kamu mencintai seseorang, kamu harus bersedia menerima dua kemungkinan, sama ada diterima ataupun ditolak. Apabila ditolak, amat perit sakitnya. Apabila diterima, kamu teramat gembira sehingga merasakan seperti dunia ini kamu yang punya. kegembiraan itulah yang membuta dan melekakan kamu daripada hakikat yang setiap cinta makhluk itu sudah dijanjikan perpisahan. Kamu lupa segala-galanya kerana cinta itu membutakan.
Sebaik-baiknya setiap pertemuan dan permulaan kasih itu sudah disemat kukuh bahawa cinta makhluk tidak pernah ada yang kekal. Semua manusia akan mati termasuk kamu, saya, dia dan semua makhluk yang hidup. Sebaik-baiknya juga utamakan cinta Allah kerana ia tidak akan berpisah denganmu. Tidak akan ditolak malah cinta ini pasti diterima walaupun sejahat mana pun kamu. Apabila kamu mencintai Allah, kamu tidak akan pernah rasa kehilangan. Allah tidak akan pernah melupakan kamu, sebaliknya kamulah yang membuat pilihan untuk sering melupakan dan membiarkan cinta ini.
Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu merebut cinta ini daripada kamu. Tidak akan ada juga yang merampas Allah daripada kamu. Jika kamu bermesra dengan Allah, kamu tidak akan pernah terpisah denganNya. Allah juga tidak pernah berpisah dengan kamu kecuali kamu sendiri yang memilih untuk berpisah denganNya. Inilah cinta yang paling menyembuhkan dan membahagiakan. Berbahagialah orang yang menyedari hakikat cinta ini.
Nah, sekarang pilihan ada di tanganmu. Pilihlah sama ada ingin hidup bahagia ataupun derita. Pandai-pandailah memilih cinta kerana Allah sudah berikan kamu akal dan hati untuk menilai. Jangan hanya dinilai dengan mata kasar. Nilailah dengan mata hati dan akal berlandaskan redha Ilahi. Pasti kamu tidak akan kecewa lagi.
Pesanan terakhir, jangan takut melepaskan cintamu yang menyakitkan bagi meraih cinta sejati yang mendamaikan. Bahagia di dunia belum menjamin kamu bahagia juga di akhirat. Cinta sejati tidak menzalimi, cinta sejati berorientasikan Ilahi. Utamakan cinta Allah, cinta manusia akan datang selepas itu. Jangan khuatir jika belum berjumpa cinta sejati daripada manusia apabila kamu sudah berjumpa cinta sejati daripada Allah.
Tetamu senja: Kerana itulah aku masih di sini mencari dan terus mencari cinta sejati redha Ilahi.
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 10:49 PM 1 comments
Tuesday, June 19, 2007
Cinta dan kereta
Kawan aku cakap kehidupan itu umpama membawa kereta. “Kita akan lihat ke hadapan dan sesekali kita akan melihat cermin sisi.”
Aku yang memang blur ni bertambahla blurnya. Apo bondo ei yang kawan aku cerita ni... “Apa kaitannya dengan hidup?”
“Gini, Ibaratkan yang di hadapan itu tempat arah tuju kita... akhirat la maknanya sbb tujuan kita hidup kan untuk akhirat. Dan cermin sisi itu sebagai dunia.”
“Dah tu?” Aku yang memang tak sabar ni mencelah.
“Hish... awak ni memang blur ke malas hendak fikir?”
“Hehehe... (sengeh ala-ala kerang wangi.)”
“Ok, kalau kita bawa kereta tu, mcm awak bawa Myvi auto awaklah, awak akan pandang ke hadapan dan sesekali akan lihat cermin sisi.”
“Ok... ok... Saya faham sekarang. Kalau... eh... Pn Ainon tak bagi guna 'kalau'... Jika kita asyik pandang cermin sisi @ dunia, haluan kita akan tersasar dan kemungkinan kita terlanggar halangan di hadapan. Sebab itulah kita kena fokus ke hadapan supaya halangan tidak tersasar tetapi kena juga sekali-sekala pandang cermin sisi.”
“Ha... pandai pun.”
“Pernah tak awak dengar orang kata, kadang-kadang orang gila lebih bijak daripada orang biasa? Orang blur pun kadang-kadang dapat hidayah juga tau.”
Tetamu senja: Bukan Baba Donut sahaja yang sudah dapat hidayah tau... (Jangan marah ye Baba Donut).
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 7:07 PM 6 comments
Tuesday, May 22, 2007
Bercinta umpama menunggu bas
Ada orang kata cinta sebenarnya sama seperti kita menunggu bas. Apabila bas itu datang, kita tengok bas itu dan kita kata pada diri sendiri, "Penuhnya... tidak ada tempat duduk."
Jadi, kita katakan pada diri kita, "Saya akan tunggu bas yang lain." kita biarkan bas itu berlalu dan kita tunggu pula bas yang lain.
Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kita tengok bas itu dan kita akan cakap, "Eee... bas ini buruk sangat, tentu tidak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan."
Jadi, kita pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kita bercadang hendak tunggu bas yang seterusnya. Selepas beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidak seburuk bas yang tadi tetapi kali ni kita kata, "Emmm.... Tidak ada air-cond... cuaca pula panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain."
Dan sekali lagi kita biarkan bas itu berlalu dan kita bercadang hendak menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yang kita sebenarnya sudah terlambat.
Kita mula panik dan terus naik bas yang datang pada masa itu walaupun bas itu tidak begitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar yang kita sudah naik bas yang salah.
Jadi, selama ini kita sudah membazir banyak masa dan wang bagi menunggu apa yang kita mahu. Walaupun yang datang itu adalah bas yang beraircond, adakah kita dapat pastikan yang bas itu tidak akan rosak di tengah jalan ataupun mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk kita?
Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang kita idamkan itu memang tidak salah. Tetapi, tidak salah juga jika kita sanggup memberi satu peluang kepada orang lain, bukan?
Sekiranya kita dapati 'bas' itu tidak sesuai dengan kita, apa yang perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tetapi... saya pasti kita semua tentu ada pengalaman begini. kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kita nanti-nantikan), kita tahan bas itu tetapi pemandu bas itu pula buat tidak faham dan pura-pura buat tidak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita!
Bagi saya, apabila ada bas seperti itu melintasi saya, apa yang saya lakukan adalah BERJALAN.
Bodoh sebenarnya hendak mengejar bas itu kerana setiap kali kita mengejarnya, kita akan terjatuh dan menyakiti diri sendiri.
Jadi, bercinta umpama menunggu bas, sama ada anda hendak naik dan beri peluang pada bas itu ataupun tidak... semuanya terpulang pada diri anda. Dan apabila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta.
p/s: Disalin daripada blog kawan.
Tetamu Senja: Apabila difikir-fikirkan ada juga logiknya tetapi apa-apa pun, Allah Knows The Best for Us.
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 9:18 AM 2 comments
