Showing posts with label salam perkenalan. Show all posts
Showing posts with label salam perkenalan. Show all posts

Tuesday, August 14, 2007

Kenapa Tetamu Senja?


Mungkin ramai yang tertanya kenapa blog ini namanya Tetamu Senja. Kenapa tidak tetamu pagi ataupun malam? Kenapa mesti Tetamu Senja? Nama pena ini sudah lama saya gunakan. Sejak dari sekolah menengah lagi. TETAMU SENJA terlalu dalam maknanya bagi saya. Sebenarnya ia adalah sajak karya Seniman Agung kita Dato' A. samad Said yang berjudul Kita Ini Tetamu Senja. Setiap garapan dalam bait-bait sajak ini begitu mendalam dan perlu dihayati dengan mata hati.

Sajak ini kemudian diabadikan dalam ebntuk lagu oleh Kopratasa. Sukar untuk saya luahkan apa yang saya rasa apabila meniti bait-bait luahan Dato' A. Samad Said ini. Tidak terluah dengan kata-kata. Hanya batin dapat menafsirkannya dan diluahkan melalui keinsafan diri. Mari kita sama-sama berkongsi rasa dan keinsafan melalui lirik dan lagu Tetamu Senja.

Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya

Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad


Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat

Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat


A. Samad Said - 1955


Ini link untuk sesiapa yang ingin menghayatinya dalam bentuk lagu oleh Kopratasa
http://www.youtube.com/watch?v=OKliu5mk3r0


Hayati dan ungkapkan sendiri dalam hati apa yang kalian peroleh daripada lirik ini. Ungkapan itu mungkin berbeza antara kita tetapi kita berkongsi satu maksud yang sama iaitu kita hanya tetamu yang didatang sebentar cuma bagi mengutip bekalan untuk meneruskan perjalanan ke negeri abadi. Adakah kita terlupa jalan pulang? Tepuk dada tanya iman.

Thursday, May 10, 2007

salam perkenalan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya belajar buka blog sendiri. Thanks for my frend that help and teach me how to do it.

Semoga ia menjadi wadah dakwah dan tempat saya meluah rasa melepaskan apa yang terkandung difikiran....

Alhamdulillah 'ala kullihal


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors