25/11/07 (2.00-3.00)
Travelog Haji
Posted by Saya at 6:03 AM 0 comments

Posted by Saya at 5:54 AM 0 comments
Laporan Berita Terkini pukul 8.00 malam, 26/11/2007.
Ahli Parlimen Gerik memperkenalkan istilah ini dalam perbahasan Dewan Rakyat. Menurut beliau, ahli bahasa di DBP sudah mandul minda dalam menyusun istilah dan Kamus Dewan. Menurut beliau, mereka tidak membuat kajian dan tidak mencontohi para ahli bahasa sebelum ini yang sering membuat kajian dan menganalisis bahasa dan perkataan sebelum diterima masuk sebagai perkataan dalam bahasa Melayu. Pengkaji bahasa dahulu sanggup turun ke kawasan pedalaman sabah dan sarawak bagi mengkaji istilah dan bahasa pribumi bagi memperkayakan bahasa Melayu.
Beliau juga menggelarkan Kamus Dewan edisi keempat sebagai kamus bahasa rojak kerana banyak bahasa Inggeris diterima pakai sedangkan bahasa Melayu sendiri sudah ada perkataan yang sama makna dengannya. Beliau memetik satu daftar perkataan di dalam Kamus Dewan, 'kekompleksan' sebenarnya perkataan ini diambil daripada perkataan Inggeris 'complexity'. Sedangkan dalam Bahasa Melayu sudah ada perkataan seerti iaitu kerumitan. Kenapa perlu disusahkan bahasa Melayu? klik link.
Beliau menyelar ahli bahasa yang memelayukan bahasa Inggeris secara mudah dengan hanya menukar beberapa huruf. Inilah yang beliau maksudkan dengan mandul minda kerana tidak mahu berfikir dengan lebih bijak. Jika perkara ini dibiarkan, keaslian bahasa Melayu akan hilang. Jangan naik angin apabila remaja menggunakan bahasa rojak kerana dalam kamus itu sendiri sudah dirasakan penuh dengan bahasa rojak yang diterjemahkan dalam bentuk yang terhormat. Baca komen Puan Sifu
Tetamu senja: Apa DBP hari ini lakukan? Adakah hanya dengan bertelagah mana yang hendak diterima pakai, bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia sedangkan banyak lagi isu dan kajian boleh diberi tumpuan dalam 'mengangkasakan' bahasa Melayu.
Labels: Tinta Kalam
Posted by Saya at 3:17 PM 2 comments
Cacing kerawit adalah parasit yang menghisap banyak darah daripada usus manusia. Kekurangan darah seterusnya akan menyebabkan penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin di dalam darah.
Patutlah mak ayah selalu melarang aku dan adik-adik bermain masak-masak menggunakan tanah dan berkaki ayam. Rupanya mereka khuatir cacing akan masuk melalui tapak kaki dan seterusnya menyebabkan sakit.
Mengikut kajian sains, cacing kerawit akan bertelur di dalam usus dan dikeluarkan melalui najis. Di tanah, larvanya memasuki kulit manusia. Apabila ia memasuki saluran darah, larva tadi akan di bawa ke paru-paru dan menaiki saluran nafas, kemudian ditelan semula. Akhirnya ia masuk semula ke usus.
Agak-agaknya ada ataupun tidak lagi cacing kerawit ini di dalam badan kita yang sudah dewasa ini?
Posted by Saya at 3:45 PM 1 comments
Al-Fatihah buat Tok Ayah di atas pemergiannya ke rahmatullah semalam 15/11/07.
Tok Ayah, walaupun dia hanya datuk tiri tetapi dialah satu-satunya datukku yang masih ada dan tempat kami menumpang kasih. Namun setiap yang hidup pasti dijemput pergi. Aku harus reda dengan setiap ketentuan Allah dan merelakan pemergiannya dengan hati yang terbuka dan rela.
Kali terkahir berjumpa Tok Ayah adalah Hari Raya ketiga. Kami sekeluarga membuat rombongan ke Hospital Sg Petani bagi melawat beliau yang dimasukkan ke hospital pada Hari Raya pertama kerana sakit kepala dan seluruh badan. Tetapi hari itu Tok Ayah sudah dibenarkan pulang. Tok Ayah sihat dan gembira melihat kami, cucu-cucnya datang memeriahkan hospital. Beliau sememangnya sudah terlalu uzur sakit tua. Aku bersyukur kerana dapat berjumpa dengannya semasa Hari Raya tempoh Hari setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya. Maklumlah beliau jauh di Pulau Pinang.
Tok Ayah,
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...
Amin...
Al-Fatihah untuk Tok Ayah tersayang.
Labels: Tinta Kalam
Posted by Saya at 6:44 AM 0 comments
“Dan nikahkanlah mereka yang masih membujang di kalangan kamu, dan juga hamba-hamba sahaya lelaki dan perempuanmu yang layak menikah. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya. Dan Allah maha luas pemberiannya dan maha mengetahui.”
Surah an-Nur, ayat 32,
Labels: Istilah Cinta
Posted by Saya at 10:42 AM 3 comments
Ada kekuatan dalam Cinta,
Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat
Kerana ia bisa mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri. Jadi aku kuat kerana aku mencintai,
Ada kekuatan dalam tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah terlarut dengan tentangan dan cubaan. Jadi aku juga kuat kerana aku juga gembira.
Ada kekuatan dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu dan ia tidak pernah merasa disakiti. Aku rasa aku juga kuat kerana aku boleh bersabar hingga sampai ke tahap sekarang ini.
Ada kekuatan dalam Kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat kerana dia boleh mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama manusia. Aku kuat kerana masih setia dengan apa yang aku ada sekarang.
Teman, kalian juga memiliki cukup kekuatan bagi mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Walau di mana pun, seberat dan serumit apa pun juga. Kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita dan Allah tidak menguji apa yang kita tidak mampu. Apabila kita diuji, barulah kita dapat ukur, sebenarnya kita mampu menjadi lebih baik dan kita sebenarnya kuat. Aku, dia, kamu, mereka dan kalian adalah orang kuat.
"Jalan Buntu Di Hadapan, Ada Harapan Di Selekoh"
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 6:05 AM 0 comments

"Biar hidup ini tidak indah di hati kamu, tetapi kehadiran kamu itu tetap indah di hati para keluarga dan teman-teman kamu termasuk aku. Jika pun mimpi kamu itu tidak menjadi nyata, percayalah Tuhan itu maha adil."
Tersentuh hati membaca entry sahabat ini. Terasa diri kurang bersyukur. Kita sentiasa mengidamkan yang lebih baik sedang apa yang ada pada kita hari ini sudah cukup baik. Itulah hakikat seorang aku.
Terima kasih sahabat. kini aku lebih bersyukur dengan kekurangan yang ku miliki.
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 11:47 PM 0 comments
PTS mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Salam Aidilfitri kepada semua penulis dan penyokong yang menjadi tulang belakang PTS selama ini.
Posted by Saya at 2:44 PM 1 comments

Mungkin ramai yang tertanya kenapa blog ini namanya Tetamu Senja. Kenapa tidak tetamu pagi ataupun malam? Kenapa mesti Tetamu Senja? Nama pena ini sudah lama saya gunakan. Sejak dari sekolah menengah lagi. TETAMU SENJA terlalu dalam maknanya bagi saya. Sebenarnya ia adalah sajak karya Seniman Agung kita Dato' A. samad Said yang berjudul Kita Ini Tetamu Senja. Setiap garapan dalam bait-bait sajak ini begitu mendalam dan perlu dihayati dengan mata hati.
Sajak ini kemudian diabadikan dalam ebntuk lagu oleh Kopratasa. Sukar untuk saya luahkan apa yang saya rasa apabila meniti bait-bait luahan Dato' A. Samad Said ini. Tidak terluah dengan kata-kata. Hanya batin dapat menafsirkannya dan diluahkan melalui keinsafan diri. Mari kita sama-sama berkongsi rasa dan keinsafan melalui lirik dan lagu Tetamu Senja.

Labels: salam perkenalan
Posted by Saya at 1:28 PM 0 comments
Sempena bulan merdeka yang bermula hari ini, ku mulakan coretan Ogos dengan persoalan yang sering ditanya oleh sesiapa sahaja. Soalan ini hanya hangat pada bulan ini sahaja dan biasanya akan lenyap pabila september menjengah diri.
Semasa diskusi mingguan semalam, kami membicarakan tulisan Abul A'la Al-Maududi. Salah satu topik yang menarik adalah berkenaan had mempelajari ilmu dari Barat. Menurut Abul A'la, orang Islam dibenarkan mempelajari ilmu sains dan sastera yang baik daripada Barat. Namun kita ditegah daripada meniru mereka daripada segi tatacara kehidupan mereka.
"Sesuatu bangsa itu tidak akan meniru bangsa lain melainkan jika dia mengiktiraf kehinaan, kelemahan dan kekurangan dirinya sendiri dan dalam masa yang sama mengiktiraf ketinggian dan keagungan bangsa yang lain. Ini adalah serendah-rendah perhambaan."
Sungguh dalam maksud tulisan ulama ini. Rakyat Malaysia hari ini yang menggelarkan diri mereka Islam seolah-olah begitu mengagungkan Barat dengan meniru semua yang datang dari sana termasuk cara hidup Barat yang hina dan tidak bermoral. Sedangkan cara hidup rakyat Malaysia yang digariskan oleh Islam sebagai agama rasmi lebih baik tetapi Barat tetap dianggap terbaik.
Adakah rakyat Malaysia hari ini sudah merdeka sekiranya cara hidup Barat yang diagung-agungkan? Aku jadi bingung memikirkannya. Lihat sahaja remaja hari ini. Cuba tanya mat rempit kenapa mereka merempit. Cuba tanya kepada remaja yang berpakaian seksi dan tidak bertudung kenapa mereka berpakaian begitu. Cuba lagi tanya sama penganjur-penganjur realiti tv kenapa mereka menganjurkan pertandingan itu. Pengakhir kepada jawapan mereka sudah pasti kerana ingin maju seperti Barat. Tetapi itukah namanya maju? Adakah itu pendapat orang yang menggelarkan mereka sudah merdeka?
Tetamu Senja: Bagaimana ya ingin membetulkan kembali pemikiran dan membebaskan pemikiran orang 'merdeka yang belum merdeka'? (sambil menggaru-garu kepala yang memang gatal)
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 8:50 AM 0 comments
Al-Fatihah buat mangsa nahas Nuri Genting Sempah 13/07/07 terutama buat Allahyarham Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, Suami kepada sahabatku Raslah Hussin.
Hari ini genap dua minggu kejadian nahas Nuri di Genting Sempah. Nahas ini turut menjadi perhatianku dan hatiku pilu setiap kali menatap berita berkenaannya. Satu sms dari sahabat di Kuching membuatkanku memberi perhatian yang lebih pada tragedi ini.
Aku terduduk semasa mendapat sms ini. Terkejut dan masih tidak percaya berita itu. Hari berikutnya aku sms semula kawan itu bagi mendapatkan kepastian dan akhirnya aku terpaksa mempercayainya apabila akhbar menyiarkan gambar beliau menyiram pusara suami tersayang.
Raslah yang ku kenali seorang yang tabah, bijak dan berdikari. Kali terakhir aku bertemu dengannya adalah dua tahun lepas di Puduraya semasa aku menunggu bas balik ke kampung. Dia bersama suaminya Laskar Udara Muhammad Riduan pada masa itu baru sahaja beberapa bulan berkahwin. Aku hanya melihat sekilas sahaj ke arah suaminya semasa itu kerana beliau berdiri agak jauh daripada kami. Malu mungkin.
Dan tidak ku sangka itulah kali pertama dan terakhir ku melihat wajahnya. Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang dikasihi dan diberi rahmat.
Kepada Kak Raslah: Sungguh, ketabahanmu merelakan pemergian suamimu dengan hati yang pasrah dan tanpa air mata menginsafkanku erti sebuah kehidupan dan kematian yang pasti. Tabahkan hatimu menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga Allah memberi ketabahan dan memberkati hidupmu selalu.
Tetamu Senja: Setiap yang hidup sudah ditetapkan tarikh matinya. Tida siapa dapat mengjangkakan bagaimana pengakhiran hidup masing-masing.Semoga diri ini sentiasa mengingati mati yang pasti datang menjemput pulang. Kerana itulah diriku hanya sebagai tetamu senja. Akan pergi pabila malam menjemputku pulang. Semoga husnulkhatimah menjadi penyudah dan permulaan hidup di alam abadi. AL-FATIHAH.
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 1:06 PM 0 comments
Haruskah aku meluahkan rasa yang terpendam? Adakah aku layak untuk berbuat demikian? Sudikah dia menerima luahan itu atau luahan itu hanya akan membuatkan aku malu sendiri?
Tetamu Senja: Kepada yang mengenali diriku, kalian amat bermakna buatku. Setiap daripada kalian membawa erti yang cukup bermakna yang mengajarkanku erti kehidupan sebenar. Terima kasih kerana sudi membenarkan hati ini bertapak dalam hati kalian.
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 2:10 PM 0 comments
Ramai orang berkata, tiada gambar seindah pandangan. Tetapi dengan teknologi hari ini, gambar boleh menjadi lebih cantik berbanding pandangan yang real. dan ada yang kadang-kadang tidak wujud dalam realiti. Gambar juga dapat ditafsirkan dengan pelbagai makna. Cuba tafsirkan gambar-gambar berikut.
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 2:01 PM 0 comments
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala
Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?
Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama-ulama muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab?
Bulan Rejab adalah satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan 'Haram' dalam Islam.
Buktinya terdapat dalam kenyataan Allah swt dalam surah /al-Taubah/ ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.
Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?
Disini nyatakan pandangan para ulama mengenai kesahihan fadilat Rejab.
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.
Bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya: [3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak tetap untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak tetap sehingga tidak mendusta ke atas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak tetap daripada pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan dalam risalahnya dengan topiknya: Penjelasan yg datang dalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"
b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadilat Rejab secara umumnya berada dalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana kenyataan Allah dalam surah Taubah:36 dan terdapat juga hadis sahih mengenai Hijatul Wada'. Dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman,
peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan soleh dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya dalam bulan-bulan Haram, yg dalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa]
hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar: 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. "
Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dhaif.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa Rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan: "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas di dalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat:
"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran
darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."
2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku".... Hadis ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristighfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan dalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."
c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya:
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar di atas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih ke atas dosa kecil. Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak di pasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau:
"Ulama telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya... sesungguhnya telah datang hadis: "Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....." (Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb..."
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata: Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malam tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur) dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda:"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan malamnya berqiamullail." - riwayat Muslim.
Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan Ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya: "Puasa adalah amalan kebajikan," Tidak terdapat fadilat berpuasa dalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa:
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].
Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif
Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]
a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.
b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfu Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi (pelapor) yang majhul (tidak diketahui).
c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. -Hadis sangat Dhaif.
Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk (ditinggalkan/ ditolak). Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.
d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berputus asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.
e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg
suka berdusta.
f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh
Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.
Solusi: Bagaimana beramal dalam bulan ini?
a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi [8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain."
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt dalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syarak dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya *TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda :
(Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya."
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini,
Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :
"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw: "Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah
di bulan Allah Al-Haram." Seafdal puada di bulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat
Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram, kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali. Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka
tidaklah Makruh."
e. Panelis fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:
"Berpuasa dalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : "Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6
hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. *INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW*, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.
Puasa-Puasa sunat yg lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai: "Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah."
Puasa-puasa sunat (sukarela):
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu: hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "
Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]
Kesimpulan:
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.
Rujukan:
1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar: Muzakkir Enterprise, 1990.
2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp
3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net
4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL: http://www.islamonline.net
5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL: http://www.islamonline.net
6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:
7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.
9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.
10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik: Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.
11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448
12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL: http://www.islamonline.net
13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415
14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik: Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.
WALLAHU A'LAM BISSOWAB
DISUSUN SEMULA OLEH:
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR
KUB MALAYSIA BERHAD
Tetamu senja: Entri ini tidak diedit kerana tidak sempat. Oleh itu terdapat banyak kesalahan ejaan. Yang penting maksud yang hendak dikongsi sampai dan difahami.
Posted by Saya at 11:28 PM 3 comments
Jangan takut melepaskan cintamu yang menyakitkan bagi meraih cinta sejati yang mendamaikan. Bahagia di dunia belum menjamin kamu bahagia juga di akhirat. Cinta sejati tidak menzalimi, cinta sejati berorientasikan Ilahi.
Jika cinta itu sudah ditetapkan menjadi milikmu, walau seribu kali dilepaskan, ia tetap datang jua dan akan menjadi milikmu. Pemergiannya hanya untuk menguji dan ia akan datang mengubati luka itu.
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 1:36 PM 2 comments
Terkadang kita mengharap jodoh yang jauh sedangkan jodoh yang sebenarnya ada di depan mata...Terkadang juga kita sentiasa mengharapkan jodoh di depan mata sedangkan ia bukan jodoh sebenar. Hanya Allah jua sebaik-baik perancang.
Aku dulu juga pernah berharap tetapi akhirnya Allah uji dengan kekecewaan. Aku selalu berdoa kepada Allah:
"Andai dia jodohku, dekatkanlah kami tetapi jika dia bukan jodohku, jauhkanlah dia daripadaku."
Tetapi aku sebenarnya tidak bersedia sebelum berdoa. Aku juga tidak ikhlas dalam doa itu. Buktinya Allah sudah makbulkan doaku dengan mengirimkan perpisahan kerana dia bukan jodoh yang ditetapkan untukku.
Aku merana, terseksa dan kecewa. Hampir-hampir menyalahkan takdir. Itu buktinya aku hanya berdoa tetapi tidak bersedia menerima petunjuk Allah. Allah makbulkan doaku tetapi aku menyalahkan Allah kembali. Aku tersedar yang selama ini doa yang ku pohon itu sebenarnya tidak ikhlas.
Muhasabah diri menyedarkan aku supaya menerima ketentuan Allah dengan redha dan tidak menyalahkan setiap perancangan Allah. Alhamdulillah, aku sentiasa diuji oleh Allah bagi menyedarkan yang aku tersasar dari landasan. Aku rindukan ujian Allah kerana dengan ujianlah aku tahu aku salah dan tidak mengikut landasan yang betul.
Tetamu Senja: Thank You Allah
Labels: muhasabah
Posted by Saya at 1:20 PM 0 comments
Curahan Hati
------------
Curahlah cintamu pada yang sudi
menerima seadanya padamu sendiri
ikhlas mendamba sekeping hati
untuk sentiasa kau taati
Bila kau merajuk dia memujuk
bila buntu dialah tempat kau rujuk
bila kau marah dia tidak merajuk
sentiasa tenang tidak olok-olok
Cintai seorang lelaki bernama suami
semoga dapat kau jadi isteri
kalian saling rindu-merindui
semoga bahagia dan Allah Redhai.
~Pencinta~Jun 2007~
June 29, 2007 9:26 AM