Wednesday, February 27, 2008

Tepuk Dada Tanya Iman

Semalam ada sahabat yang memberikan link berikut untuk direnung. Selepas memdengar dan melihat dengan hati, fikiran mula menerawang mentafsir dan mencari kebenaran.
http://youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Kemudian dalam list itu ada juga klip video ini:
http://youtube.com/watch?v=e3XG8EeHpxo

Dan hari ini saya mendapat emel link berikut:
http://www.comedycourt.com.my/latesthits_04.html

Entri akan datang saya akan ulas apa yang terlintas difikiran.

Tuesday, February 26, 2008

Mencari Freelance Editor (Sambilan)

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi editor freelance (sambilan).

Skop Tugas:
1.Menyunting manuskrip
2.Mengatur huruf teks (layout)
3.Beberapa tugasan lain yang berkaitan

Calon-calon yang berminat perlulah mempunyai kriteria seperti berikut:
1. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang.
2. Mempunyai peralatan komputer sendiri.
3. Mempunyai kemudahan akses internet.
4. Berpengalaman menggunakan perisian InDesign, Photoshop, Illustrator ataupun Frame Maker.
5. Minat membaca dan membuat kajian.
6. Sanggup menghadiri latihan di PTS dalam tempoh yang ditetapkan.
7. Keutamaan diberikan kepada mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun.

Sekiranya berminat, sila emelkan resume kepada Puan Nurulhilyati Ab. Halim di nurul@pts.com.my.

Tuesday, February 19, 2008

Mencari Cinta

Adakalanya kita tidak perlu mencari cinta tetapi memberi peluang kepada cinta untuk hadir dalam jiwa. Cinta yang datang tanpa dicari itu indah. Bertambah indah jika ia didasarkan pada cinta lillahitaala. Yakin dengan ketetapan Allah walaupun tidak pernah mengenali.

Jika cinta kerana Allah, bertemu tidak selalu, berpisah tidak gelisah.

Thursday, February 7, 2008

Install Software Kasih

Pelanggan (P): Assalamualaikum.

Juruteknik (J): Waalaikumussalam. Ya, boleh saya bantu anda?

P: Begini, selepas saya pertimbangkan, saya ingin menginstall kasih. Bolehkah anda tunjukkan saya cara melakukannya?

J: Boleh, insyaAllah. Sudahkan anda bersedia?

P: Ya. Sebenarnya saya tidak tahu cara teknikal tetapi saya bersedia bagi menginstallnya sekarang. Apa yang perlu saya lakukan terlebih dahulu?

J: Langkah pertama adalah open program HATI. Tahukah anda di mana HATI anda?

P: Ya, tetapi ada banyak program yang sedang aktif. Adakah saya tetap dapat menginstallnya jika program-program itu masih aktif?

J: Program apa yang sedang aktif?

P: Sebentar, saya lihat dahulu. Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.

J: Tidak mengapa. KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE daripada sistem operasi anda. Program itu akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana ia secara automatik diganti dengan program lain. KASIH akan replace MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda perlu mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program itu akan menyebabkan KASIH tidak diinstall dengan sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda tunjukkan caranya?

J: Saya sedia membantu. Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE dihapuskan.

P: OK, sudah. KASIH mulai terinstall secara automatik. Betulkah cara itu?

J: Ya, dialog box yang mengatakan bahwa KASIH akan terus diinstall kembali dalam HATI anda akan terpapar. Adakah anda dapat pesan itu?

P: Ya. Adakah ia bermakna KASIH sudah selesai diinstall?

J: Ya, tetapi ingat, anda hanya ada main programnya sahaja. Anda perlu connect HATI dengan fail yang lain supaya ia dapat mengupgrade KASIH.

P: Oops. Saya mendapat pesanan error. Apa yang perlu saya lakukan?

J: Apa pesannya?

P: ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT. Apa maksudnya?

J: Jangan bimbang, itu masalah biasa. Ertinya, program KASIH diset supaya aktif di HATI eksternal tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknikal ini bererti anda perlu menKASIHi mesin anda sendiri sebelum menKASIHi mesin orang lain.

P: Jadi apa yang perlu saya lakukan?

J: Dapatkah anda klik pulldown direktori yang disebut PASRAH?

P: Ya, sudah.

J: Bagus. Copy MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT dan paste ke direktori MYHEART. Sistem akan replace fail-fail konflik dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin bagi memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P: Sudah. Hei! HATI saya terisi dengan fail-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopy ke HATI. Betulkah begitu?

J: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa bagi mendownloadnya. Alhamdulillah anda berjaya menginstallnya dengan mudah. Jadi KASIH sudah terinstal dan aktif. Anda sudah berjaya menanganinya sekarang. Ada satu lagi hal yang penting.

P: Apa?

J: KASIH adalah freeware. Pastikan anda memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share dengan orang lain dan seterusnya, sehingga anda menerimanya kembali.

Diadaptasi darpada: http://indonesia.heartnsouls.com/cerita/a/c40.shtml
Diedit oleh: Tetamusenja


"Jika kamu sudah jumpa seseorang yang bertakhta dihati kamu, jalan terbaik adalah perkahwinan kerana ia adalah permulaan cinta yang tulus, ikhlas dan suci. Akan tetapi, jika masih belum jumpa, tidak perlulah terlalu 'terdesak' mencari. Kerana ia akan datang tanpa perlu dicari. Tatkala itu, mahabbah akan berputik dihati tanda dia milikmu."

Wednesday, January 16, 2008

Terlanjur...

Kata-kata Hukama', “Janganlah anda menyesali sesuatu kesalahan yang terlanjur anda lakukan, tetapi hendaklah anda berfikir tentang sebab berlakunya kesalahan itu, kemudian berusaha untuk memperbaikinya.”

Thursday, November 29, 2007

Bicara Penulis Pesta Buku MPH Alpha Angel


Prof Muhd Kamil Ibrahim
25/11/07 (2.00-3.00)
Travelog Haji


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors