Tuesday, June 19, 2007

Cinta dan kereta

Kawan aku cakap kehidupan itu umpama membawa kereta. “Kita akan lihat ke hadapan dan sesekali kita akan melihat cermin sisi.”

Aku yang memang blur ni bertambahla blurnya. Apo bondo ei yang kawan aku cerita ni... “Apa kaitannya dengan hidup?”

“Gini, Ibaratkan yang di hadapan itu tempat arah tuju kita... akhirat la maknanya sbb tujuan kita hidup kan untuk akhirat. Dan cermin sisi itu sebagai dunia.”

“Dah tu?” Aku yang memang tak sabar ni mencelah.

“Hish... awak ni memang blur ke malas hendak fikir?”

“Hehehe... (sengeh ala-ala kerang wangi.)”

“Ok, kalau kita bawa kereta tu, mcm awak bawa Myvi auto awaklah, awak akan pandang ke hadapan dan sesekali akan lihat cermin sisi.”

“Ok... ok... Saya faham sekarang. Kalau... eh... Pn Ainon tak bagi guna 'kalau'... Jika kita asyik pandang cermin sisi @ dunia, haluan kita akan tersasar dan kemungkinan kita terlanggar halangan di hadapan. Sebab itulah kita kena fokus ke hadapan supaya halangan tidak tersasar tetapi kena juga sekali-sekala pandang cermin sisi.”

“Ha... pandai pun.”
“Pernah tak awak dengar orang kata, kadang-kadang orang gila lebih bijak daripada orang biasa? Orang blur pun kadang-kadang dapat hidayah juga tau.”


Tetamu senja: Bukan Baba Donut sahaja yang sudah dapat hidayah tau... (Jangan marah ye Baba Donut).


6 comments:

All Blog Spots said...

nice blog

Imran Yusuf said...

Assalamu'alaikum Sdr Tetamu Senja,

BEZA ISTERI DAN KERETA:

Jika seorang lelaki membuka dan menutup pintu keretanya apabila isterinya turun atau naik kereta itu, ada 2 kemungkinan:
(1) Kereta itu baru dibeli
(2) Suami isteri ini sepasang pengantin baru. :)

Saya said...

salam tuan Alang,
hihihi...bagaimana pula keadaannya dalam dua kemungkinan berikut:
1) Kereta itu sudah lama dibeli
2) Isteri sudah lama dikahwini. : )

Imran Yusuf said...

Sdr Tetamu Senja,

1) Kereta itu sudah lama dibeli
2) Isteri sudah lama dikahwini.

Jawapan:
1) Suami isteri tutup pintu kereta dengan menolak kuat - esel pintu sudah berkarat, kalau tolak perlahan pintu tidak dapat ditutup;

2) Isteri yang tolong tutup kesemua pintu kereta - suami sibuk angkat barang dari bonet belakang: beg pakaian, raga penyediaan susu anak, buaian dan henjut-henjut, tong gas, guni beras, beg-beg plastik barang-barang yang dibeli dari shopping...
: )

Zamri Mohamad said...

mmm apa yang cinta di sini? Gagal bercinta ke atau apa? Tak faham den.

miss arizona said...

aku suka entry ini
kehidupan ibarat memandu....kiasannya tepat.

cuma sesekali kita juga perlu gunakan rear view mirror untuk melihat apa yg ada dibelakang...apa yang telah kita tinggalkan ;)


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors