Terkadang kita mengharap jodoh yang jauh sedangkan jodoh yang sebenarnya ada di depan mata...Terkadang juga kita sentiasa mengharapkan jodoh di depan mata sedangkan ia bukan jodoh sebenar. Hanya Allah jua sebaik-baik perancang.
Aku dulu juga pernah berharap tetapi akhirnya Allah uji dengan kekecewaan. Aku selalu berdoa kepada Allah:
"Andai dia jodohku, dekatkanlah kami tetapi jika dia bukan jodohku, jauhkanlah dia daripadaku."
Tetapi aku sebenarnya tidak bersedia sebelum berdoa. Aku juga tidak ikhlas dalam doa itu. Buktinya Allah sudah makbulkan doaku dengan mengirimkan perpisahan kerana dia bukan jodoh yang ditetapkan untukku.
Aku merana, terseksa dan kecewa. Hampir-hampir menyalahkan takdir. Itu buktinya aku hanya berdoa tetapi tidak bersedia menerima petunjuk Allah. Allah makbulkan doaku tetapi aku menyalahkan Allah kembali. Aku tersedar yang selama ini doa yang ku pohon itu sebenarnya tidak ikhlas.
Muhasabah diri menyedarkan aku supaya menerima ketentuan Allah dengan redha dan tidak menyalahkan setiap perancangan Allah. Alhamdulillah, aku sentiasa diuji oleh Allah bagi menyedarkan yang aku tersasar dari landasan. Aku rindukan ujian Allah kerana dengan ujianlah aku tahu aku salah dan tidak mengikut landasan yang betul.
Tetamu Senja: Thank You Allah
Wednesday, July 11, 2007
Doa yang Tidak Ikhlas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment