Laporan Berita Terkini pukul 8.00 malam, 26/11/2007.
Ahli Parlimen Gerik memperkenalkan istilah ini dalam perbahasan Dewan Rakyat. Menurut beliau, ahli bahasa di DBP sudah mandul minda dalam menyusun istilah dan Kamus Dewan. Menurut beliau, mereka tidak membuat kajian dan tidak mencontohi para ahli bahasa sebelum ini yang sering membuat kajian dan menganalisis bahasa dan perkataan sebelum diterima masuk sebagai perkataan dalam bahasa Melayu. Pengkaji bahasa dahulu sanggup turun ke kawasan pedalaman sabah dan sarawak bagi mengkaji istilah dan bahasa pribumi bagi memperkayakan bahasa Melayu.
Beliau juga menggelarkan Kamus Dewan edisi keempat sebagai kamus bahasa rojak kerana banyak bahasa Inggeris diterima pakai sedangkan bahasa Melayu sendiri sudah ada perkataan yang sama makna dengannya. Beliau memetik satu daftar perkataan di dalam Kamus Dewan, 'kekompleksan' sebenarnya perkataan ini diambil daripada perkataan Inggeris 'complexity'. Sedangkan dalam Bahasa Melayu sudah ada perkataan seerti iaitu kerumitan. Kenapa perlu disusahkan bahasa Melayu? klik link.
Beliau menyelar ahli bahasa yang memelayukan bahasa Inggeris secara mudah dengan hanya menukar beberapa huruf. Inilah yang beliau maksudkan dengan mandul minda kerana tidak mahu berfikir dengan lebih bijak. Jika perkara ini dibiarkan, keaslian bahasa Melayu akan hilang. Jangan naik angin apabila remaja menggunakan bahasa rojak kerana dalam kamus itu sendiri sudah dirasakan penuh dengan bahasa rojak yang diterjemahkan dalam bentuk yang terhormat. Baca komen Puan Sifu
Tetamu senja: Apa DBP hari ini lakukan? Adakah hanya dengan bertelagah mana yang hendak diterima pakai, bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia sedangkan banyak lagi isu dan kajian boleh diberi tumpuan dalam 'mengangkasakan' bahasa Melayu.

2 comments:
DBP tidak pernah bertelagah isu Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu. Menteri Penerangan sahaja yang sibuk dengan hal itu. DBP tetap berpegang pada Perlembagaan Fasal 152.
Isu ini tidak berpanjangan sekiranya ada kerjasama masyarakat. Semua perkara perlu begitu. Sekiranya ada tanggungjawab mengangkasakan bahasa sendiri, tidak perlu tuding jari pada mana-mana pihak. Satu jari tuding orang lain, empat jari kembali pada diri sendiri.
Apa kata generasi kita jadi agen perubah orang lama yang suka mencari salah orang lain?
Post a Comment