Friday, November 16, 2007

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Tok Ayah di atas pemergiannya ke rahmatullah semalam 15/11/07.

Tok Ayah, walaupun dia hanya datuk tiri tetapi dialah satu-satunya datukku yang masih ada dan tempat kami menumpang kasih. Namun setiap yang hidup pasti dijemput pergi. Aku harus reda dengan setiap ketentuan Allah dan merelakan pemergiannya dengan hati yang terbuka dan rela.

Kali terkahir berjumpa Tok Ayah adalah Hari Raya ketiga. Kami sekeluarga membuat rombongan ke Hospital Sg Petani bagi melawat beliau yang dimasukkan ke hospital pada Hari Raya pertama kerana sakit kepala dan seluruh badan. Tetapi hari itu Tok Ayah sudah dibenarkan pulang. Tok Ayah sihat dan gembira melihat kami, cucu-cucnya datang memeriahkan hospital. Beliau sememangnya sudah terlalu uzur sakit tua. Aku bersyukur kerana dapat berjumpa dengannya semasa Hari Raya tempoh Hari setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya. Maklumlah beliau jauh di Pulau Pinang.

Tok Ayah,
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...
Amin...

Al-Fatihah untuk Tok Ayah tersayang.

0 comments:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors