Friday, May 25, 2007

Jawatan Kosong

(Kini hanya tinggal kami bertiga sebagai staf PTS Professional)

Dimaklumkan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd (tempat saya kerja sekarang) ada kekosongan jawatan editor.

Kriteria asas calon yang dicari:

1.Lelaki (kalau ada perempuan nak cuba boleh jer test market)

2.Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang bisnes/pengurusan/ pendidikan/ ataupun bidang-bidang lain daripada mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang diiktiraf kerajaan.(siswazah baru digalakkan memohon)

3.Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia.

4.Mempunyai minat dalam bidang penerbitan dan penulisan buku.

5.Berpengetahuan dalam bidang penerbitan.

6.Mahir menggunakan komputer dan internet serta perisian asas seperti Windows dan MSOffice.

7.Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum.

8.Keutamaan kepada calon yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus.

Bagi calon-calon yang memiliki kriteria di atas, silalah emelkan resume saudara kepada:

En. Nazrul Samsudin,
Pengurus, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Emel: nazruls@pts.com.my

Tarikh tutup permohonan adalah 1 JUN 2007.

CALON-CALON YANG TERPILIH AKAN DIHUBUNGI BAGI SESI TEMUDUGA. BAGI CALON YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUM BALAS DALAM TEMPOH 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA)

Tetamu senja: Hantar resume kepada En Nazrul, bukan kepada saya. Saya hanya menerima resume untuk calon lelaki yang mencari kekosongan jawatan sebagai suami...hehehe (lawak jer!)

6 comments:

Anonymous said...

Hai, boleh saya mengisi kekosongan hati mu?...

Saya said...

hehehe...alamak, borang belum potostat lagilah. yang lama sudah habis.hehehe

azeel said...

jadi 'kamu' yang ramai itu sudah mengurang jadi tiga ..
tetap soalan yg sama .... yang mana satu kamu?

Saya said...

saya? berselindung di sebalik cerah...ada terselit cuma biarlah ia rahsia...apa ada pada wajah...

Mirip said...

cik tetamu senja, 'post' editor tersebut full time ke? kalau mohon untuk part time boleh tak?

Saya said...

Mirip...jawatan itu untuk tetap. kita tidak ambil part time editor tetapi kita ambil freelance editor. Part Time dan Freelance adalah berbeza. Setakat ini kami masih membuka peluang kepada freelance type setter. Untuk freelance editor, kami tangguhkan dahulu pengambilannya.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors