Semalam dalam pukul 9.00 malam, tengah seronok-seronok landing depan TV...
Kring...kring....
Saya: Hello, Assalamualaikum...
Pemanggil: Aya, kelik kapong esok terus ke Baling, kak ambik di stesen bas.
(Rupa-rupanya kakakku yang sulong)
Saya: wokpa dei?
Kakak: Saja la, pagi-pagi sabtu tu kelik umah mak ngan kak la, kak nak buat majlis sambut birthday Widad. Leh la mu tambah-tambah apa yang perlu.
Saya: oh...itu sebenarnya tujuan buat baik ni...ada udang di sebalik mee rupanya.
Kakak: Kot la mu nak tupang sekaki sambut besday sendiri. Paling tak pun beli la hadiah besday untuk kak sekali.hehehe...
Saya: Eh, Aya sambut besday dulu dari kak, kak la kena beri hadiah kot aya dulu...
Kakak: Tak pa lah kalau gitu, kita pakat2 sambut besday sekali dan bagi hadiah untuk diri sendiri la kalau camtu....
Saya: Okla, Aya turun kat umah kak la. Sian gak kot abah nak ambik Aya pagi-pagi naik motor.
Kakak: Okla, mu sape di Baling calling2lah, pastu sabtu pagi tu kita gi Baling beli kek, kita sambut kat kapung.
Saya: Ok, set.
Kakak: Oklah, kredit kak pun nak habih dah nih. Assalamualaikum.
Moral of the story: Inilah susahnya kalau bulan 5 ramai ahli keluarga sambut birthday. Semuanya nak hadiah. Tapi ada untungnya, buat majlis sekali sahaja.
Maklumat: Widad adalah anak saudaraku daripada kakak yang sulong
Aya adalah panggilan manjaku dalam keluarga
Widad sambut birthday hari ini -25/5, Aku = 6/5, kakak = 8/5
Nota: Perkataan dalam dialog memang dieja begitu kerana mengikut dialek Baling hulu. Bahasa pertuturanku di rumah. Ayat terakhir kakakku memang itulah selalunya kerana dia memang selalu berkira kalau dia kena call aku. Jimat duit katanya.
Kamus Baling
Kelik = balik
Kapong = Kampung
Wokpa dei = Kenapa ya?
mu = Kamu
tupang = tumpang
Sape (e dibaca seperti bunyi e pada perkataan ekor) = sampai
habih = habis
Friday, May 25, 2007
Tumpang Sekaki
Labels: kamus Baling
Posted by Saya at 1:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Jauhnya Copenhagen. Teringat kenangan sewaktu kecil sebuah kampung yang namanya Kampung Hangus di daerah Baling.Agak sinonim dengan Copenhagen. Dulu anak sungai Tiak dan Iboi mengalir jernih. Menjadi tempat aku dan rakan-rakan mandi manda sewaktu bercuti di kampung ini. Kini semuanya tinggal kenangan.
eh...satu kapal la kita. di situlah Copenhagen. siapa ni yer? Saya kampung jerai.
Copenhagen dekat dengan kampung saya di Jerman.. saya kampung Parit Sikom... Jerman asli.
Post a Comment