Sekiranya kita dicintai oleh seseorang yang tidak kita cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri kita, oleh itu kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kita mengurus cinta, begitulah kita mengurus diri kita dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa walaupun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan orang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti. Janganlah terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa yang sudah ditetapkan Allah. Kita hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati kita.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kita walau hanya sekelip mata cuma.
Cinta dunia pasti akan pergi, pergi kerana berpisah hidup ataupun berpisah mati. Tetapi yang pasti, mati itu satu perpisahan yang pasti berlaku. Berkasihlah sekadarnya kerana cinta itu hanya dipinjamkan sebentar oleh Allah.
Tetamu senja: Cinta adalah satu perasaan yang unik untuk diungkapkan, sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata dan susah untuk ditunjukkan dengan perbuatan tetapi mereka yang memahami erti cinta akan dapat menikmati rasa cinta yang penuh makna. Kita berhak menyayangi seseorang tetapi kita tiada hak memaksa seseorang untuk menyayangi kita.

6 comments:
banyak entry tentang cinta...
membuktikan kamu sedang mencari cinta... kan?
CINTA RENTUNG DI PERSIMPANGAN DILEMA
Telah hilang kabus dinihari
Namun aku masih di sini
Menjadi seorang penyedih
Abadi bersendiri
Aduhai
Semalam cintaku rentung
Di persimpangan dilema
Sekadar mampu merakamkannya
Dengan tinta...
Terima kasih tuan Alang Bidara.
Cinta sejati tidak pernah menyakitkan. cinta sejati adalah cinta Ilahi. cinta manusia berlandaskan redha Ilahi. itu yang dicari.
Tuan Alang sudah kenal saya? Bengkel 24/06 kita makan bersama rakan-rakan penulis yang lain. masih ingat?
Sdr Azeel, mencari cinta itu tidak salah bukan? yangs alah adalah memperdagangkan cinta.
Tahukah,bila kita sayangkan seseorang kita tak perlu mengalah, kecewa , putus asa kerana perasaan yang lahir adalah anugerah kerana kita takkan sayang semua orang dalam hayat kita,mencintai dan menghargai tanpa rasa yang wujud di hati,kecuali dia yang menggetarkan hati.
Kita tidak berhak untuk memaksa sesorang menyayangi kita tapi sekurangnya kita masih boleh usaha kan ?
Tulisan yang bagus juga =)
Post a Comment